Subcribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Thursday, January 7, 2010

Kisah Mamat Payang & Loyar


KISAH MAMAT PAYANG & LOYAR
 
Layan je,cerita ney..Cerita ini,berasal dari dialek terengganu..tapi telah,diterjemahkan dalam bahasa melayu standard(standard la sangat,lintang pukang lari bahasa aku kerjakan)Tapi,lagi kelakar kalau dalam bahasa terengganu..terguling2,jugak la baca..huk2..Thanks,kepada Blue kerana menyediakan cerita lawak giler ney..hehe..layan!

    Mamat rasa malas sangat nak bangun tidur..Sambil bergolek - golek di atas katil,pusing kiri dan pusing kanan,dia berasa sungguh serba salah..Mak lijah,telah membebel dari luar pintu biliknya dan berkata "Mat,matahari dah meninggi macam galah dah ney,lari rezeki kalau bangun lewat2..Ko tak ada kerja ke hari ini?
    Tidak tahan dengan bebelan,lantas mamat payang pun bingkas bangun dan tercegat dari katil..Baru dia teringat,pukul 11 nanti dia ada kerja yang telah disuruh oleh bossnya semalam..Mamat pun,menghulur tangannya untuk mengambil tuala..nampak gayanya,mandi p.ramlee la jawabnya..maklumlah,sudah pukul 10.30..Dari Manir,nak redah ke Jalan batas baru agak jauh juga..tambahan pula,minyak agak kering dan terlupa untuk menambahnya semalam lantas memaksanya untuk berhenti di stesen minyak petronas dekat simpang traffic light di Pulau Musang..Tak sampai,10 minit mamat telah bersiap..Setelah minum air kopi,seteguk dua mamat memakai kasut kulit yang berada di atas tangga dekat beranda..Baru sahaja,2 minggu mamat membeli kasut itu..Sungguh,berkilat kasut itu..Selepas itu,mamat pun menghidupkan motosikal dan menghala ke bandar..walaupun,motosikalnya hanya second hand tapi boleh tahanlah..
    Jalan Batas Baru ada banyak bagunan pejabat dengan kedai..Kalau menghala ke depan,ada kedai astro,yang dimana anda dikehendaki untuk membayar secara bulanan untuk perkhidmatannya..kalau anda tidak membayarnya,perkhidmatan itu akan dipotong serta merta..selepas pada,surau Flat Batas Baru ada deretan kedai aircond dan juga kedai makan..Kalau,jalan ke depan sikit lagi sebelum kedai astro,ada kawasan yang lapang yang digunakan sebagai tempat untuk menjual kereta baru berjenama Hyundai dan juga Kia..
    Di antara kedai aircond dengan kedai astro itu,terdapat satu pejabat peguam yang baru dibuka..mungkin,pemilik premis itu baru sahaja menjadi peguam,mamat berpikir keseorangan..dengan perlahan - lahan mamat naik ke tingkat 2..nampak gaya,ada 2 orang sahaja kerani..Seorang lelaki,dan seorang lagi perempuan..agak cantik perempuan itu,tapi terdapat cincin tersarung di jari manisnya..barangkali,sudah bertunang,pikir mamat..lantas,mamat memberitahu kepada kerani perempuan itu bahawa dia ingin berjumpa dengan tuan lawyer..Seumur hidup mamat,tak pernah pun walau sekali dia berjumpa dengan peguam itu..apetah lagi,bercakap dengan seorang peguam..berdebar2,rasa di hati mamat..
    Mamat pun,mengetuk pintu masuk..kelihatan,tuan lawyer itu sedang memegang gagang talifon berjenama panasonic kat telinga dia...Wayar talifon pun,masih lagi dalam keadaan bersepah.."i dan uruskan fixed deposit you,sebanyak RM10 juta tu.Lagi satu,minggu depan ni,i nak you ikut i ke Singapore.HSBC Singapore dan buat arrangement untuk finance syarikat klien i,tak banyak,dalam 20 juta Sing dollar.Firm i jadi lawyer jugak tu.I turun KL minggu ni,kita dinner kt Shook di Starhill ok?"


    Mamat bukan,pandai sangat cakap orang putih ini.Tapi,bila dia dengar pasal duit dia paham..Mamat berpikir sejenak dalam kepalanya,mainan apa sampai juta - juta ni..
    Tuan lawyer itu,telah meletakkan gagang talifon sambil mengerling matanya ke arah mamat.."yer,apa yang awak nak? tak nampak ke,saya sedang sibuk ni?" lawyer itu,tanya Mamat..
    Muka mamat,pucat lesi..tak tahu,apa yang nak dikata..kedaan ini,serupa masa dia hendak bangun tidur tadi..serba tak kena..akhirnya,mamat pun memberanikan diri untuk menjawab..
    "Sebenarnya tuan,saya ni kerja dengan syarikat telekom..Saya datang untuk sambung wayar talifon yang tuan guna untuk pura pura bercakap tadi..wayar tu,tak disambung lagi,macam mana tuan sudah boleh bercakap!"
    Muka Tuan lawyer itu,bertukar kehairanan!
    itulah,nak berlagak tak kena tempat! Ada juga lawyer tipu orang ya? pecah tembelang! Orang zaman sekarang cakap "kantoi"

    wakakakak! tima kasih,kepada Blue kerana menyediakan cerita yang sungguh lawak ini..huk2..

View blog reactions

0 comments:

Post a Comment

Xkan tngk ajer kOT? commnt la sket...

Followers

peeping!

Related Posts with Thumbnails

Suaratistica

 

Suara. Copyright 2012 All Rights Reserved suara by kambing silver Ditukarkan Menjadi Blogger template suara.via.my edit by CikManis818