Subcribe Now!

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Tuesday, November 3, 2009

Serumpun,Tapi Tak Sehaluan



Salam..Bismillahirahmanirahim...
Takot jugak,nak buat post ney..Niat dekat hati,dah lama sangat2..Ingin sangat,nak tahu tentang Syiah,Sunni Islam..Dari dulu,sejak ada blog cita2 hanya 1..Nak mengumpulkan seberapa banyak,pengetahun tentang Sunni Islam,Syiah..Selalu dok dengar,ustaz cakap jauhi syiah kerana syiah jauh terpesong dan taksub dengan Saidina Ali r.a..Sesiapa,dari segala pelusuk mana pun dijemput untuk mengulas topic ini sementara saya pergi berguru dengan mana2 ustaz untuk kepastian dalam keraguan..



Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata: "Telah menasihati kami oleh Rasulullah SAW akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

(Sumber dari http://tigosotigo.blogspot.com/2009/01/40-nasihat-sayyidina-ali-bin-abi-talib.html)

Syukran,ya habib..

p/s:Memang copy and paste,sebab jangan kita membuat fakta dan ayat sendiri..carilah kita,kepada orang yang lebih mengetahui,belajar tanpa guru ibarat belajar dengan syaitan..copy paste pn,sebab nak memulakan pembelajaran tentang perkara ini...

View blog reactions

13 comments:

:: eyeNa :: on November 3, 2009 at 9:05 AM said...

haa bagus laa kamu ni nak belajar lebih mendalam.. i ada belajar jugak pasal semua ni dan macam mana perpecahan mazhab2 ni leh berlaku..

ianya amatlah menarik bila dihayati.. apapon "perbezaan pendapat yg terjadi adalah baik supaya kita sendiri nampak mana yg benar"

haa gambar yg org solat tu kan mengingatkan i masa i ziarah ke oman dulu.. diaorg mazhab khawarij.. memula takot jugak kan sbb dikatakan golongan khawarij ni anggap ahli sunnah wa jamaah kafir..

tapi hakikatnya mereka baik2 saja dan layan kita dengan mesra.. di situlah yg kita nampak bahawa walaupon berbeza mazhab dan fahaman, kita tetap bersaudara kerana kita sama2 islam..

"maka jgnlah kita saling menuduh satu puak lain kafir atau sebaliknya"

hehe.. dah mcm buat entry laa pulak.. hehe sory komen panjang..rasa cam nak citer pengalaman jew.. ekekeeee

Budak Malu818 on November 3, 2009 at 9:45 AM said...

hmmm,hajat kat hati dah lame nk tahu psal sunni islam dan lain2 mazhab..mcm mane,perpecahan i2 berlaku..dan,siapa pengasas bagi setiap mazhab2 yang ade skang ney..sy,pnah dengar azan syiah,mereka lebih selitkan saidina ali didalam azan mereka,dan bukan rasullullah s.w.t..saksi,ada mengatakan mereka mendengar sndrik sewaktu berada di Masjid 'Abdullah Taal(xingat dh,kat mane rasenye area iraq,iran mcm 2 lah)

antara,perkara2 yang mereka menambah kt dalam azan itu ialah :
hayya 'ala khoiril amal dan juga wa asyhadu anna 'ali waliyuLLAH..
Bermakne,mereka tidak mengakui bahawa nabi muhammad s.w.t sebagai wali ALLAH s.w.t..bahkan,mereka berpendapat bahawa ali lebih layak utk menjawat jawatan khulafa arrasyidin pada mase i2..(mintak maaf banyak2,kalu tersilap..)

Setahu saya juga,azan tidak boleh ditokok tambah kerana,menurut saudari Auriss Haira Katanya bacaan dalam azan tidak boleh ditambah kerana azan tauqifi ( maknanya dah ditetapkn sebegitu tanpa ada sebarang [pengurangan atau tambah )..

Menurut Syeikh al-Qaradhawi,al-Quran adalah sekadar kalam Allah s.w.t..dan mereka juga menganggap,Quran masih lagi tidak lengkap dan Quran yang sebenarnye adalah 2 kali ganda jauh lebih tebal dari sekarang ini..mereka juga berkata,surah al-Ahzab adalah 2 kali ganda kandungannya...dan banyak lagi,mereka(syiah mengeluarkan kenyataan)

tak ape,eyena..saya memang,nk mengumpulkan seberapa banyak kisah,sejarah atau apa saja tentang syiah dan juga mazhab2 lain..
Juga ingin,mengetahui lagi lanjut tentang tareeqat Naqsyanbandiah yang telah diumumkan sekali lagi sebagai sesat baru2 ini..Dimana,penganut Tareeqat ini ada banyak di pantai timur..
Eyena,mazhab khawarij ini,berasal dari mana dan siapa pengasasnye?

Eyena,takpe ke kalu saye nk kumpulkan keterangan2 tentang mazhab ney?
Mmber saya pernah tegur saya:
Syed,Kita ini kurang layak utk berhujah@berbincang tentang agama jika kita ini,bukan dari ahlul bait?

myQza on November 3, 2009 at 8:32 PM said...

orang malaysia pun dah banyak 'persatuan politik' sekarang

Unknown on November 3, 2009 at 8:43 PM said...

aku pernah dengar puak syiah ini tidak suka nabi muhammad s.a.w malahan mereka berkata sepatutnya saidina ali lah yg patut menjadi nabi mereka..aku pun x berani nak komen banyak2 sbb pengetahuaan aku amat cetek tetapi jika ada yang berminat boleh mendengar ceramah dari Ustaz Asri Yusuf yang bertajuk bahaya syiah..boleh request ceramah tu nanti aku upload http://arieyblog.blogspot.com/2009/06/contact-me.html

Budak Malu818 on November 3, 2009 at 8:46 PM said...

sI tEDI,apa maksud saudari orang malaysia pun sudah banyak 'persatuan politik' sekarang?

Adakah,saudari bermaksud Syiah,wahabi sudah banyak menular dan berakar di malaysia sekarang ney?

Budak Malu818 on November 3, 2009 at 8:47 PM said...

Lupa plak,nk tnye sI tEDI ney..
Kucing anda sihat?
Ada,luka lagi ke?

Budak Malu818 on November 3, 2009 at 8:53 PM said...

Ariey,memang btol ckap anda itu..sememangnye,syiah tidak mengakui nabi muhammad sebagai pesuruh allah bahkan mereka berkata,wahyu sepatotnya diperturunkan kepada Saidina Ali instead of Muhammad s.w.t..

Tp,apa2 pn..kita tak tahu lagi mendalam tentang hal ney semua..
bgos2..6ti,aku backlinks dan bagi credit utk video anda itu 6ti..

auriss haira said...

salam..

pertamanya, saya rasa awak kurang teliti baca entry yang saya tulis. Banyak dah terpesong dekat sini. Saya bukan dengar di masjid Taal, tapi saya dengar dalam radio di dalam kereta sewaktu di Jordan. Then, rasanya saya tak pernah tulis syiah buang Nabi dalam azan, tapi saya tulis mereka tambah saidina ali dalam azan. Baca elok-elok balik ya sebelum disebarkan. Bahaya kalau tokok tambah yang salah. ^_^ Letak link mungkin lebih baik, baru ada bukti yang kukuh, ye tak?

Tentang syiah dan sunnah ni, saya pun tak berapa faham sepenuhnya lagi. Baru nak selidik sikit2 dari ustaz-ustaz yang betul2 arif. Nak cari keterangan kena ada bukti, baru sahih. Sebab tu kalau boleh, setiap apa yang kita dapat info tentang mereka biarlah ada sanad yang kukuh. Saya sendiri kadang2 tak lupa hujah diaorang dan hujah kesalahan diaorang. Nanti kalau saya ingat atau jumpa balik, saya link ke sini.

Tapi bagi saya, tak salah untuk berbincang tentang sunnah atau syiah. Yang penting, kita tak berhujah setakat guna ayat dgr dari orang yang tak tahu hujung pangkal. Hujah perlu ada bukti yang kukuh. Baru kita boleh yakin dengan pegangan kita. Wallahualam. ^_^

Budak Malu818 on November 4, 2009 at 4:24 AM said...

^_^

Sebab 2,ayat2 saya di atas memohon maaf kalu tersilap..Memang saya,tahu bahaye menokok tambah..sebetolnye,saya tidak menokok tambah..hanya,dari ustaz2 juga saya mendengar semua ini..

Maafkan sekali lagi,jika tersilap..
Seberapa,banyak pengetahuan saudara2,saudari2 tahu saya mintak diperturunkan untuk tujuan ilmu,dan bukan membenci..

(kena sound ngn ustazah..heheh)

Faarihin on November 7, 2009 at 7:08 PM said...

salam..

sy pun teringin sangat nak tahu pasal syiah ni.. kadang2 tak paham kenapa org tak suka akan puak ni.. bila dah baca2 sket2 kat entri ni.. baru la tau sket2 pasal puak ni...

Budak Malu818 on November 8, 2009 at 12:14 AM said...

Salam,Faarihin..
sy pon,same mcm awk..
tengah mencari jawapan..anyway,thank sebab berminat ngn post ney..

Buat mase,sekarang ney saya tengah mencari ustaz utk meminta pandangan dari dia..

dean on November 11, 2009 at 1:49 AM said...

salam.. bagus la ade jugak inisiatif ko nak belajar hal ehwal islam nih.. hehe..

sabda Rasulullah, "islam tuh datangnya asing, dan islam tuh jugak akan kembali asing" itu sebab ilmu agama bukan main2.. bukan untuk diremehkan...

kadang2 ramai yang tak tau, syiah nih jauh menyimpang dari islam.. moderasi yang diterapkan syiah tuh sangat2 pelik, dan bende yang lebih pelik, anda boleh google pasal syiah rafidah... dan anda akan terkejut..

btw, good info.. ramai yang hanya tau syiah itu menyimpang, tp ramai yang tak tahu kenape..

nnt aku buat blog pasal nih.. dah lame simpan wat perkasam.. hehe..

salam..

Budak Malu818 on November 11, 2009 at 1:59 AM said...

wahhhhh....taiko besar,dalam php sudah mai!
ney baru best n semangat nk komen!
btol tuh,dean..anda tepat sekali..
syiah,sudah jauh menyimpang....
kadang2,pnah terdengar ustaz berkate..
dieorang siap ader gmbar yang didakwa gambar itu adalah saidina ali...
yang lebih terok,mereka ney pandai menyanyi...kalu xpercaye,pergi ajer negra2 syiah.....dengar mereka menyanyi...
btw,dean..really appreciatte ur presence in here...

Post a Comment

Xkan tngk ajer kOT? commnt la sket...

Followers

peeping!

Related Posts with Thumbnails

Suaratistica

 

Suara. Copyright 2012 All Rights Reserved suara by kambing silver Ditukarkan Menjadi Blogger template suara.via.my edit by CikManis818